Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Bekas pemain kebangsaan bakal perkuat Selangor Pistons

dd
Advertisement

Berbaki tiga Grand Prix dalam kalendar Sepak Takraw League (STL) premier musim ini, perkembangan bursa perpindahan pemain mula menjadi tumpuan sebelum GP Negeri Sembilan yang dijadualkan bermula 9 Disember depan.

Khabar angin bertiup kencang melibatkan bekas perejam kebangsaan, Khairol Zaman Hamir Akhbar, yang bakal kembali menyarung jersi Selangor Pistons, pasukan yang cukup sinonim dengan dirinya selepas pernah beraksi bersama skuad berkenaan.

Advertisement

Pengalaman luas serta kualiti permainan yang dimiliki dilihat mampu menjadi penyelesaian kepada beberapa kelemahan sedia ada Pistons.

Kehadirannya jika menjadi realiti bukan sahaja mampu memberikan dimensi baharu kepada corak permainan pasukan.

Advertisement

Malah, menjadi tonik tambahan buat Selangor memperkukuh persiapan menjelang GP terakhir di Selangor, sekali gus memburu penamat lebih baik dalam baki saingan musim ini.

"Khabar angin yang bertiup kencang itu saya tak tahu yang mana tetapi semestinya akan ada seorang pemain, bekas pemain kebangsaan.

"Ada beberapa kelebihan yang dia ada mampu atasi kelemahan yang sedia ada Ketika ini, atas pengalaman dan corak permainan, kami berasakan dia mampu bantu Selangor Pistons," kata pengurus Selangor Pistons, Syahril Rashid.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video