Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: 'Bojan Hodak luar padang kawan, dalam padang sangat serius'

dd
Advertisement

'Luar padang kawan, dalam padang serius'

Itu karakter jurulatih baharu Harimau Malaya, Bojan Hodak, yang digambarkan bekas pertahanan negara, S. Subramaniam.

Advertisement

Subra yang pernah bermain di bawah bimbingan Hodak bersama UPB MyTeam, Kelantan dan JDT, menyifatkan pelantikan pengendali dari Croatia itu sebagai pilihan tepat buat skuad kebangsaan.

Pengalaman bersama Hodak bukan sesuatu yang asing buat Subra, malah dia antara pemain yang menikmati sentuhan pengendali itu, terutamanya ketika membantu Kelantan melakar sejarah treble pada 2012.

Advertisement

Subra berasakan kelebihan Hodak bukan sekadar rekod kejuaraan, tetapi keupayaannya memahami budaya bola sepak tempatan dan karakter pemain Malaysia.

"Kredibiliti Bojan tidak boleh diperkecilkan, di rantau ini nama dia besar. Keputusan FAM lantik Bojan tepat kerana dia mengenali cara Malaysia dan rantau ini.

"Dia akan menjadi seperti kawan di luar padang tetapi dalam padang sangat serius, dengan reputasi bersama Persib, Kelantan dan JDT menunjukkan dia sangat berkualiti," katanya.

Mengenai identiti permainan Harimau Malaya, Subra beranggapan Hodak tidak terlalu terikat dengan konsep DNA tertentu.

Sebaliknya, mentaliti kemenangan, permainan mudah dan keberkesanan menjaringkan gol menjadi keutamaan bekas pengendali Persib Bandung itu.

"Mengenali dia, dia sangat utamakan mentaliti kemenangan, fahaman dia sangat mudah, selagi jaringkan gol, berikan bahaya kepada pihak lawan dan menang sudah cukup buat Bojan." katanya.

Hodak secaa rasmi dilantik menerajui skuad kebangsaan Selasa lalu, selepas Nadi Arena terlebih dahulu melaporkan kehadirannya dua hari sebelum itu.

Pelantikan itu menyaksikan Hodak kembali ke Wisma FAM selepas pernah membimbing skuad B-19 negara dari 2017 hingga 2019, dan menjuarai Kejohanan AFF B-19 di Surabaya, Indonesia.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video