Skip to main content

Bola Sepak

Real Madrid buka era kedua Mourinho dengan kemenangan 4-1, Mbappe ledak hatrik

SOCCER-SPAIN-RMA-RSO:Soccer-Mbappe hat-trick powers Real Madrid past Real Sociedad on Mourinho's Bernabeu return

Real Madrid buka tirai era kedua di bawah kendalian Jose Mourinho di Santiago Bernabeu dengan penuh bergaya apabila membelasah Real Sociedad 4-1 dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.

Kylian Mbappe muncul watak utama kemenangan Los Blancos apabila meledak hatrik, manakala Vinicus Junior turut mencetak nama sebagai penjaring. Jude Bellingham pula menyumbang dua bantuan gol.

Mbappe buka jaringan pada minit ke-40, namun Real Sociedad menyamakan kedudukan menerusi Luka Sucic sebelum separuh masa pertama berakhir.

Real Madrid bangkit selepas rehat dan Mbappe kembali meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-60, sebelum Vinicius Junior menambah gol ketiga lapan minit kemudian.

Penyerang Perancis itu kemudian melengkapkan hatrik pada minit ke-80 untuk memastikan Real Madrid meraih kemenangan bergaya 4-1 dan mengukuhkan permulaan sempurna Mourinho bersama kelab itu.

Kemenangan itu turut menyaksikan Madrid mengumpul enam mata daripada dua perlawanan selepas turut memenangi aksi pembukaan LaLiga dengan Espanyol.

Ia menjadi kepulangan manis ke Bernabeu buat “ The Special One” selepas lebih 13 tahun meninggalkan kelab berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement