Di sebalik drama 10 pemain Kuala Lumpur (KL) City turun beraksi menentang Kuching City di Cheras semalam, satu lagi persoalan hangat bermain di fikiran penyokong tentang status seorang bintang tuan rumah.
Mengikut senarai pemain dalam 'Start List' perlawanan Liga Super malam tadi, Giancarlo Gallifuoco masih memegang status selaku pemain import dan belum lagi bergelar rakyat tempatan.
Malah, dalam sistem CMS-FAM, pertahanan kelahiran Australia itu masih memiliki label A selaku kuota import dari Asia.
Tonggak berusia 32 tahun itu sebelum ini dikhabarkan akan menjadi naturalisasi terbaharu berikutan sudah melengkapkan tempoh bermastautin sejak menyertai skuad Warga Kota pada 2021.
10 utama KL City bertemu Kuching City, Giancarlo Gallifuoco masih dengan status pemain import. 🇦🇺@ASTROARENA pic.twitter.com/LjAt3YpBC7
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 26, 2026
Terdahulu, terdapat laporan mengatakan Gallifuoco bakal menjadi aset Harimau Malaya menjelang Piala ASEAN FIFA bulan hadapan.
Setakat ini, status proses kewarganegaraan Gallifuoco belum diketahui sepenuhnya.