Skip to main content

Sepak Takraw

Terima enam jahitan di kepala, pemain kebangsaan terlibat kemalangan jalan raya di Tapah

feerder

Status pemain sepak takraw kebangsaan, Zuleffendi Sumari, masih menjadi tanda tanya bagi menyertai kem Negeri Sembilan beraksi di pentas Piala Emas Khir Johari 2026.

Perkara itu susulan pemain berusia 36 tahun yang beraksi di bahagian feeder itu terlibat dalam kemalangan bas yang dinaikinya di sekitar Tapah, Perak, semalam.

Advertisement

 

 

 

 

Dia yang lebih mesra disapa Pak Long itu difahamkan menerima enam jahitan di bahagian kepala.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, berkongsikan: "Feeder kebangsaan, Zuleffendi Sumari @ Pak long belum pasti dapat beraksi di pentas Piala Emas Khir Johari 2026 selepas bas yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar Tapah, semalam.

Pak long menerima 6 jahitan di bahagian kepala." katanya.

Semoga cepat sembuh Pak Long!

Must Watch Video