Skip to main content

Bola Sepak

Josh Robinson pemain warisan baru Harimau Malaya?

arse

Tular di media sosial baru-bari ini perkhabaran skuad Harimau Malaysia bakal diperkuatkan seorang lagi pemain berdarah campuran yang berkemungkinan dari Australia atau England.

Di media sosial, nama bekas produk akademi kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal, Josh Robinson, antara yang menjadi sebutan.

Advertisement

Terdahulu, Robinson pernah mendedahkan dirinya mempunyai pertalian darah serta susur galur dengan Malaysia menerusi ibunya dengan kongsian: "Saya membesar di kawasan Leyton di timur London. Bapa saya berasal dari Jamaica manakala ibu saya pula berdarah Malaysia dan Inggeris." katanya.

 

 

 

 

 

Malah, kemas kini di laman Instagramnya menyaksikan dia menambah bendera Malaysia bersama bendera dan Jamaica ketika ini.

Perkara itu juga diperkukuhkan selepas wartawan Astro Arena,  Zulhelmi Zainal Azam dalam satu temu bual berkongsikan: "Saya difahamkan ada seorang lagi pemain berdarah campuran akan memperkuatkan pasukan negara. Ini eksklusif saya bawakan.

"Ini bukan daripada Brazil dan juga Argentina. Ini adalah darah warisan kita. Kalau warisan itu, kita boleh katakan daripada England atau Australia." katanya seperti dipetik dari MakanBola.
 

Must Watch Video