OLAHRAGA
Ziyad akui lontaran di Singapura di bawah tahap sebenar
Atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, gagal meraih sebarang pingat dalam saingan Olahraga Terbuka Singapura apabila sekadar berpuas hati di tempat keempat pada hari pertama kejohanan, hari ini.
"Saya belum cukup berpuas hati kerana gagal mencatat lontaran sejauh 16.80 meter atau 16.90m seperti yang dihajati.
"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur dengan keputusan yang diraih, 16.54m, walaupun tidak dapat mencapai sasaran awal.
Iklan
"Sebelum ini, saya pernah bersaing dengan jaguh-jaguh negara jiran di Malaysia sahaja.
"Tetapi, sekarang ini saya bersaing dengan mereka dalam Olahraga Terbuka Singapura.
"Ini satu penghargaan dan dalam masa yang sama, jika terus diberi peluang saya mahu memberikan aksi yang lebih baik," katanya,
Ziyad memerlukan lontaran sejauh 16.70m jika mahu melayakkan diri dalam Sukan SEA Kuala Lumpur pada 19 hingga 30 Ogos depan.
"Secara jujurnya, saya perlu melakukan yang lebih baik lagi untuk layak seperti melakukan lontaran sejauh 16.70m yang biasa dilakukan."
Must-Watch Video