Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, keliru dengan perancangan kuartet 4x100 meter negara, yang masih gagal memulakan latihan yang sepatutnya diadakan minggu ini.
Kurang daripada 100 hari menjelang Sukan SEA Filipina, November depan, tiada sebarang perkembangan terkini mengenai latihan kuartet wanita negara selepas isu "tarik tali" yang kononnya sudah diselesaikan dua minggu lalu.
Jika mengikut perancangan asal, Zaidatul Husniah dan rakan-rakannya sepatutnya sudah memulakan latihan minggu ini, namun ia tidak berlaku.
"Kalau diikutkan, minggu ini kami sudah mulakan (latihan) tetapi masing-masing masih fokus kepada latihan masing-masing sebab kami mempunyai jurulatih berbeza.
"Takut saya berlatih hari lain dan mereka berlatih pada hari lain.
"Jadi, buat masa sekarang, kami hanya fokus kepada latihan sendiri.
"Tak tahu lagi bila, saya sendiri tak berani cakap," katanya.
Kekeliruan juga timbul di mana hingga ke saat ini, masih belum ada sebarang ketetapan melibatkan jurulatih yang akan bertanggungjawab melatih mereka.
Dia ketika ini hanya menjalani latihan sendirian dan hanya menunggu arahan untuk memulakan latihan.
"Itu saya tak pasti, tapi Insya-Allah, dalam masa terdekat kami akan berlatih bersama," tambahnya.