Skip to main content

Sukan Lain

YAKEB tawar bekas atlet kursus kendali drone

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb-drone.jpg
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mengadakan kursus kemahiran pengendalian drone bagi bekas atlet negara supaya meningkatkan kemahiran diri dan peluang pekerjaan.

Setakat ini, seramai 27 bekas atlet negara tidak mensia-siakan peluang itu, antaranya bekas pemain skuad Selangor yang memenangi Piala Malaysia pada 1995 sehingga 1997, Shahril Arsat.

"Ketika dipanggil untuk mengikuti kursus, saya tertanya-tanya sebab saya daripada bidang sukan. 

"Tetapi difikirkan balik, keperluan dalam bidang ini sentiasa ada. Teknologi sekarang menggunakan banyak drone untuk ambil gambar, video, latihan dan perlawanan. 

"Tiada masalah untuk saya belajar. Sekurang-kurang saya tahu untuk mengendalikan drone," katanya. 

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, menganggap aktiviti seperti ini perlu dipergiatkan dengan kursus yang bersesuaian bagi memberi peluang kepada bekas atlet.

"Terima kasih Asia Drone atas tajaan penuh dan berikan sijil kepada peserta.

"Ini adalah tahap satu dan tahap seteruskan mungkin disambung tahun depan.

"Bukan sahaja kursus drone, bekas atlet juga akan didedahkan dengan pengenalan bidang fotografi, logistik.

"Kami akan bekalkan kursus ini supaya mereka boleh manfaatkannya dalam kerjaya mereka," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video