Atlet wushu negara mendapat suntikan moral menjelang Sukan SEA Filipina, November depan selepas menggondol tiga pingat emas dan tiga perak dalam Kejohanan Masterships Dunia di Chungju, Korea Selatan, semalam.
Pang Pui Yee muncul atlet terbaik Malaysia selepas merangkul tiga pingat -- emas menerusi acara wanita bagi kategori changquan, selain masing-masing satu pingat perak dalam kategori jianshu dan baguazhang.
Tan Cheong Min, yang mengutip tiga pingat peribadi dalam Kejohanan Wushu Dunia 2017, juga mempamerkan aksi cemerlang dengan memenangi pingat emas dalam kategori nandao wanita manakala satu lagi pingat emas diraih Chuah Shangyang dalam kategori xingyiquan lelaki, menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.chungju2019.com.
Pelbagai kategori seni mempertahankan diri dipertandingkan dalam kejohanan yang berlangsung dari 29 Ogos hingga Khamis ini, termasuk taekwondo, judo, muaythai, ju-jitsu, aikido, kabaddi, pencak silat dan beberapa seni mempertahankan diri tradisi Korea Selatan seperti Tong-Il Moo-Do, Yongmudo, Korean Hapkido dan Ssireum (gusti Korea).
-- BERNAMA