Kekecewaan jelas terserlah buat atlet 800 meter negara, Wan Muhammad Fazri, selepas menamatkan perjuangan di peringkat separuh akhir Sukan Universiti Dunia dengan catatan masa 1 minit 49.87s (saat).
Fazri mengakui sememangnya terkilan kerana gagal mencapai catatan masa yang disasarkan bersama jurulatih dan menyiftakan persembahannya belum menepati standard yang diharapkan.
Namun, atlet berusia 24 tahun ini tetap melihat pencapaian melayakkan diri ke peringkat separuh akhir itu sesuatu yang positif memandangkan ianya merupakan sasaran yang berjaya dicapai dalam penampilan keduanya dia pentas WUG.
"Bagi saya pencapaian di World Univerisity Games kali ini bukan pencapaian yang baik kerana saya gagal catatkan catatan masa yang disasarkan oleh Coach Jironi dan saya sendiri.
"Tetapi dari perspektif positif, saya berpuas hati dengan pencapaian ini kerana menyaksikan saya layak ke peringkat separuh akhir iaitu salah satu sasaran juga," katanya.
Sementara itu, perbezaan fizikal dengan atlet lain yang bertubuh besar merupakan antara cabaran menyebabkan dia bergelut untuk mendapatkan posisi ideal dalam larian.
"Satu benda yang saya nak ubah sewaktu larian adalah saya ingin mengetuai larian dan membawa larian mengikuti rentak saya, satu-satunya cara untuk saya lakukan demikian adalah saya perlu pecut untuk 200 meter yang pertama dan memastikan berada di kedudukan pertama," tambah Fazri.