Padamnya api obor Rhine-ruhr 2025 menyaksikan Malaysia menamatkan kempen Sukan Universiti Dunia (WUG)dengan pungutan 1 pingat perak dan 1 gangsa di kedudukan ke 47 dari 114 negara bertanding.
Walaupun sasaran tujuh pingat tanpa sebarang warna tidak dapat direalisasikan, masih ada momen yang wajar untuk diraikan rakyat Malaysia.
Malaysia menyertai enam daripada 19 jenis sukan yang dipertandingkan dan yang paling mencuri tumpuan sudah pasti kem renang negara, yang meraih satu pingat perak menerusi Khiew Hoe Yean, di mana dia turut memecahkan dua rekod kebangsaan.
Hoe Yean memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter gaya bebas dengan catatan 3 minit 47.38 saat untuk meraih pingat perak dan membantu kuartet 4x200 meter gaya bebas, yang dibarisi Arvin Shaun, Lim Yin Chuen serta Tan Khai Xin merekodkan kepantasan 7 minit 19.66 saat.
Satu lagi pingat diperoleh kem badminton wanita menerusi Wong Ling Ching dengan pingat gangsa dalam acara perseorangan wanita.
Bagaimanapun, kem badminton negara gagal mempertahankan pingat gangsa acara berpasukan campuran dan beregu lelaki, yang dimenangi dalam edisi di Chengdu, China pada 2021.
Apa yang pasti, edisi kali ini menyaksikan penurunan yang agak besar jika dibandingkan dengan pencapaian meraih 1 emas, 1 perak dan 5 gangsa di Chengdu.
Ketua Kontinjen Negara, Profesor Madya Datuk Ts Dr Hafiz Yusoff, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak: "Bagi saya ada tiga atau empat pingat yang terlepas dengan sangat hampir, contohnya seperti acara badminton berpasukan campuran dan beberapa acara individu dalam badminton.
"Tetapi saya dapat lihat semangat. Saya berada bersama atlet ketika mereka menang dan kalah. Mentaliti mereka memang hendak menang, cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki."