Pemain berdarah Malaysia kelahiran Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal, dan dua pertahanan skuad senior kebangsaan akan menjadi taruhan ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Keserasian dalam pasukan mungkin menjadi kesukaran utama yang akan dihadapi skuad B-23 negara dengan pemain sensasi itu hanya akan melaporkan diri kurang sebulan menjelang tarikh perlawanan pertama di Filipina.
Namun, pengalaman yang dimiliki Wan Kuzain menjadi keutamaan Kim Swee dalam merangka pasukan terbaik menjelang aksi di Manila itu.
"Dalam seminggu sudah tentu memang tidak mencukupi tetapi dengan pengalamannya sebagai pemain dalam Major League Soccer (MLS) dan di peringkat yang lebih tinggi, saya dapat rasa dia mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan kami.
"Dengan adanya Wan Kuzain termasuk Daniel Amier (Norhisham) di bahagian tengah, Nik Akif (Syahiran Nik Mat), Syamer Kutty (Abba), mereka mempunyai pengalaman yang luas dan pasti memberikan kekuatan buat Malaysia," katanya.
Kesudian pemain berusia 20 tahun itu untuk membantu Malaysia dalam temasya itu melegakan Kim Swee selepas melewati perbincangan hampir sebulan.
Dalam masa sama, pengendali itu memberi keutamaan kepada dua pertahanan berpengalaman untuk mengisi slot pemain senior dalam senarai akhir 20 pemain yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Kalau kita lihat daripada senarai pemain yang kami ada, sudah tentu bahagian pertahanan memerlukan pemain yang cukup berpengalaman.
"Kami hanya mempunyai Dominic (Tan) yang masih boleh bermain di peringkat umur B-22.
"Selain daripada Dominic, saya pernah meletakkan Syamer di bahagian (pertahanan) tengah.
"Jadi bahagian pertahanan merupakan pilihan utama saya," tambahnya.