Pelari menara negara, Soh Wai Ching, mencipta sensasi tahun ini apabila menjuarai Kejohanan Kebangsaan Australia dengan lebih menariknya Wai Ching muncul yang terbaik dengan hanya berkaki ayam.
Difahamkan juga Wai Ching menjadikan kejohanan di Melbourne itu sebagai pentas pemanas badan untuk mengharungi misi utamanya, di Warsaw, Poland pada 12 April ini memandangkan kejohanan itu menawarkan kutipan 200 mata untuk kedudukan ranking dunia.
Wai Ching yang turun beraksi di Melbourne dengan status juara dunia kekal dikalangan yang terbaik pada setiap perlumbaan yang merangkumi empat menara dan sekali gus muncul juara secara keseluruhan.
Perseteruan Wai Ching dan pelari nombor satu dunia iaitu Ryoji Watanabe dijangkakan berlangsung sengit pada kejohanan seterusnya di Poland nanti sebelum kedua-dua bintang itu sekali lagi bertembung di Menara Taipei 101 pada 3 Mei nanti.
"Ramai orang berfikir saya dominan dengan sukan ini tetapi sejujurnya saya melihat diri saya masih berada di kedudukan itu walaupun saya kerap menang tetapi saya masih mahu memecahkan rekod dalam setiap kejohanan yang saya sertai.
"Masih banyak rekod yang saya belum pecahkan. Perseteruan saya dan Watanabe, ia lelaki yang kuat walaupun dia berusa 41 tahun dan lebih 10 tahun daripada saya. Dia menginspirasi saya untuk teruskan sukan ini dan usia bukan isu untuk kami berhenti." katanya.