SUKAN SEA
Vietnam masih belum pilih venue Sukan SEA 31
Vietnam mengakui belum ada kata putus mengenai venue untuk menganjurkan Sukan SEA Ke-31 pada tahun 2021 kerana masih dalam fasa mengkaji faktor kesesuaian logistik serta
kewangan.
Menurut Pengerusi Pentadbiran Sukan Vietnam, Vuong Duc Thang, Hanoi masih belum pasti akan menjadi venue utama untuk Sukan SEA 2021.
Ini berikutan beberapa bandar lain seperti Bandaraya Ho Chi Minh, Haiphong dan Danang juga ada kemampuan untuk menjadi venue.
Iklan
Berdasarkan sejarah, Vietnam baru sekali menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2003 di Hanoi dan Bandaraya Ho Chi Minh.
"Kerajaan kami telah meluluskan permohonan untuk menjadi penganjur Sukan SEA 2021, cuma dalam aspek venue pertandingan, kami masih mengkaji pelbagai faktor sepertikemudahan sukan dan logistik.
"Malah, ada beberapa bandar lain selain Hanoi juga menyatakan minat untuk menganjurkan beberapa acara dalam Sukan SEA.
"Jadi, perkara ini masih terlalu awal untuk diperkatakan," kata Vuong.
Sementara itu, bagi Sukan SEA 2017, Vietnam mahu memberi cabaran hebat kepada tuan rumah, Malaysia, untuk bersaing merebut juara keseluruhan.
Selain meletakkan sasaran dalam sukan gerak tempur dan menembak, Vietnam juga memasang impian meraih emas pertama mereka dalam bola sepak sejak tahun 1959.
"Sasaran kami sudah tentu mahu cuba mendapatkan sebanyak mungkin pingat dan cuba berada dalam kalangan negara teratas dalam senarai kedudukan pingat.
"Untuk sukan bola sepak, kami mahu letak sasaran layak ke perlawanan akhir terlebih dahulu dan jika diberi pilihan, kami mahu berjumpa Malaysia dalam aksi penentuan pingat emas," kata Ketua Pegawai Kontinjen (CDM) Vietnam Sukan SEA 2017, Tran Duc Phan.
Must-Watch Video