Jurulatih skuad hoki negara, Stephen van Huizen, belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya biarpun mengikat New Zealand 3-3 dalam aksi persahabatan kedua di Stadium Hoki Tun Razak, malam tadi.
Malaysia sudah membuktikan kualiti sebagai pencabar utama Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bermula Sabtu ini selepas berjaya mengejutkan pasukan ranking kelapan dunia itu 8-2 dalam perlawanan persahabatan pertama, kelmarin.
Bagaimanapun dua keputusan itu belum cukup untuk memuaskan Van Huizen: "Saya gembira dengan beberapa perkara yang kami telah lakukan tetapi masih ada yang perlu kami buat dengan lebih baik. Kami boleh kurangkan kesilapan individu dan kesilapan mudah."
Dalam perlawanan kedua, gol Malaysia dijaringkan pemain tengah, Muhammad Marhan Abdul Jalil, Fitri Saari dan abangnya, Faizal Saari.
Sementara itu, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok empat terbaik di Ipoh dengan Malaysia akan berdepan Australia, Great Britain, India, New Zealand dan Jepun.
"Bagi saya, ini adalah persiapan yang baik sebelum Piala Sultan Azlan Shah," kata kapten skuad negara, Sukri Mutalib.
"Apa yang kami lakukan hari ini (malam tadi) berpandukan kepada arahan yang diberikan jurulatih dan banyak perkara positif yang berlaku.
"Kami mengawal bola tetapi walaupun ada juga kesilapan yang membenarkan mereka menjaringkan dua gol. Bagaimanapun kami berjaya bangkit."