University of Southern California (USC) tidak akan menerima kepulangan O.J. Simpson sebaik dia dibebaskan daripada penjara 1 Oktober ini.
Ketua jurulatih USC, Clay Helton, berkata Simpson tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti atau acara sukan pada masa akan datang meskipun bekas atlet itu membantu USC meraih kejuaraan Trofi Heisman pada 1968.
"Ketika ini, setiap unit pentadbiran di USC menolak sebarang cadangan untuk menerima kepulangan Simpson," Helton bercakap kepada ESPN apabila ditanya sama ada Simpson akan dibenarkan untuk hadir melihat sesi latihan.
Bekas pemain bola sepak Amerika Syarikat itu, yang kini telah mencecah usia 70 tahun, telah ditawarkan pembebasan bersyarat minggu lalu setelah dipenjarakan selama sembilan tahun atas jenayah rompakan bersenjata.
Pada tahun 1995, Simpson turut dituduh membunuh bekas isterinya, Nicol Brown Simpson, dan Ron Goldman di Los Angeles setahun sebelum itu, bagaimanapun mahkamah mendapati Simpson tidak bersalah.
Keputusan itu mencetuskan pelbagai reaksi, namun dalam satu undian yang dibuat pada 2016, 83 peratus kulit putih dan 57 peratus kulit hitam di Amerika Syarikat percaya Simpson merupakan pesalah utama dalam kes tersebut.