Skip to main content

Badminton

Olimpik Los Angeles 2028: BAM pertaruh eksperimen baharu demi impian pingat emas Olimpik Los Angeles 2028

Olimpik Los Angeles 2028: BAM pertaruh eksperimen baharu demi impian pingat emas Olimpik Los Angeles 2028

Demi memastikan impian memburu pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik akhirnya menjadi kenyataan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini bersedia mengambil langkah berani dengan melakukan pemecahan terhadap gandingan utama beregu lelaki negara.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028, selain memberi nafas baharu kepada skuad beregu lelaki negara yang sebelum ini dilihat berada dalam zon selesa.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menjelaskan eksperimen tersebut perlu dimulakan lebih awal sebelum proses kelayakan Olimpik bermula tahun hadapan.

Menurutnya, tempoh ini dianggap paling sesuai untuk BAM melakukan penilaian dan mencari kombinasi terbaik yang mampu memberikan impak lebih besar di pentas antarabangsa.

Tambahnya lagi, sekiranya percaturan itu berjaya, Malaysia berpotensi memiliki barisan beregu lelaki yang lebih seimbang, kompetitif dan segar menjelang kempen Olimpik nanti.

Pendekatan itu juga dianggap lebih praktikal berbanding menunggu sehingga terlalu hampir dengan tempoh kelayakan sebelum melakukan perubahan besar terhadap struktur pasangan pemain.

“Saya menyokong sepenuhnya keputusan pasukan kejurulatihan untuk mencuba 'pasangan scratch' baharu. Kita perlu memberi peluang kepada jurulatih untuk menguji strategi yang berbeza,” katanya.

“Dari segi ranking, mereka akan menggunakan sistem ranking kebangsaan. Untuk Kejohanan Dunia, mereka akan kekal dengan rakan kongsi asal mereka kerana mereka layak sebagai pasangan tersebut."

Antara perubahan utama yang bakal dilakukan menyaksikan Soh Wooi Yik akan digandingkan bersama Man Wei Chong, manakala Aaron Chia pula akan membentuk kombinasi baharu bersama Tee Kai Wun.

Eksperimen tersebut dijangka bermula sejurus tamat saingan Terbuka Indonesia, sekali gus menjadi titik permulaan kepada proses penilaian prestasi pasangan-pasangan baharu ini di pentas kompetitif.

Dalam masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei, menyifatkan risiko seperti itu perlu diambil sekiranya Malaysia benar-benar serius mahu mencipta sejarah di Olimpik.

Menurut legenda badminton negara itu, perubahan perlu dilakukan bagi mengelakkan pemain terlalu selesa dengan situasi semasa, selain membuka ruang kepada perkembangan taktikal dan mentaliti baharu dalam skuad kebangsaan.

Beliau percaya keberanian melakukan perubahan mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi, terutama dalam usaha memastikan Malaysia kekal relevan dan mampu bersaing dengan kuasa besar badminton dunia.

Tambah beliau, agenda utama BAM ketika ini bukan sekadar mengekalkan pencapaian sedia ada, tetapi mencari formula terbaik untuk menghasilkan perubahan positif yang akhirnya mampu menghadiahkan emas Olimpik pertama buat negara.

"Saya rasa semua sudah melihat berita mengenai Aaron yang akan bergandingan dengan Kai Wun untuk beberapa kejohanan sebagai percubaan. Dalam mesyuarat sebelum ini, saya sudah berpesan supaya jangan ambil tindakan pada saat akhir kerana tahun depan merupakan tahun penting dengan bermulanya kelayakan Olimpik.

"Kebiasaannya pertukaran pasangan dibuat sekitar Januari sebagai persediaan ke Olimpik. Namun, saya beritahu jurulatih supaya tidak menunggu hingga Januari, sebaliknya memulakan percubaan lebih awal sama ada sebelum atau selepas Sukan Asia tahun ini.

"Pada pandangan jurulatih, gandingan ini mempunyai potensi untuk menghadiahkan pingat emas pertama Olimpik kepada negara," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.

"Saya fikir kita dapat lihat banyak negara sudah melakukan 'scratch pair' selepas Olimpik Paris bagi mencari kombinasi terbaik untuk penggal seterusnya. Saya rasa kita juga agak terlewat dan keputusan untuk membentuk gandingan baharu bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Related Topics

Must Watch Video