Pasukan hoki Maybank yang menamatkan saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini dengan nota kejayaan apabila menumpaskan Armed Forces 5-0.
Sselepas sah menamatkan saingan di tempat ketiga liga, Maybank kini meletakkan sasaran lebih besar dalam Piala TNB untuk melangkah ke pentas akhir kejohanan, sebentar tadi.
Bagaimanapun, ia tidak merencatkan persembahan Maybank daripada memperagakan aksi bertenaga ketika menundukkan Armed Forces, sekali gus menjadikan pungutan keseluruhan carta 26 mata.
Muhammad Rashid Baharom muncul penjaring gol pertama buat Maybank menerusi gol padang hasil tolakan mudah.
Amirullah Zainol menambah derita Armed Forces dengan jaringan kedua Maybank, juga menerusi gol padang sebelum Muhammad Shahril Saabah terus menghukum kealpaan benteng pertahanan lawan dengan gol ketiga menerusi jaringan padang.
Maybank terus bernafsu apabila Airil Abdul Razak melakar nama selaku penjaring untuk keputusan 4-0.
Amirullah Zainol melengkapkan malam gemilang Maybank dengan jaringan kelima menuju penghujung saingan.
"Kami ada masalah untuk sempurnakan pukulan sudut penalti, kami memang banyak berlatih mengenainya.
"Pihak lawan mengekangnya dengan baik," kata ketua jurulatih Maybank, Gobi Iman.