Satu perkara yang menarik perhatian saya sebagai hos dan pengulas Netball Super League (NSL) 2025 adalah bagaimana pemain tempatan dipersiapkan untuk berada sebaris dan sama menyerlah dengan pemain import.
NSL 2025 adalah musim ketiga setiap pasukan dibenarkan membawa masuk dua pemain import dan sejak edisi lalu, kebanyakan pasukan bertanding sudah 'step up' dengan menggunakan khidmat pemain import dari luar benua Asia sebagai contoh Kuala Lumpur (KL) Wildcats yang sudah dua musim bersama pemain dari Uganda, Nassanga Shadiah.
Persaingan hebat yang diberikan pemain-pemain yang pernah beraksi di liga kompetitif antarabangsa itu jelas memberikan tamparan hebat kepada pemain tempatan dan menariknya, pengurusan pasukan juga sudah mula berbelanja keatas pemain tempatan demi mendapatkan pasukan yang ampuh dari pelbagai aspek.
Ini kerana kebergantungan kepada dua pemain import sahaja tidak cukup untuk mengharungi tahap persaingan yang semakin meningkat dan perkara itu jelas dipraktikkan Putrajaya Dynamites selepas debut di NSL pada 2023 tamat di tangga keempat dan antara persiapan rapi mereka bukan sahaja meliputi latihan kecergasan di gimnasium serta taktikal di gelanggang, tetapi juga persediaan mental pemain menerusi khidmat pegawai psikologi sukan, Aruna Santhappan yang juga berpengalaman mempersiap atlet ke sukan olimpik.
Hasilnya, Putrajaya Dynamites yang berjaya memperbaiki kedudukan dari tangga keempat kepada naib juara musim ini turut menyerlahkan potensi pemain muda seperti Goalkeeper mereka, Hidayatul Akhma yang langsung tidak gentar merantai Goal Shooter import lawan seperti Nassanga yang turut dinobatkan Pemain Import Terbaik NSL dan Thishala dari Pahang Tulips yang juga penjaring utama skuad kebangsaan Sri Lanka ketika ini.