Khabib Nurmagomedov berkata bahawa dia amat menghormati lawannya dalam pertarungan UFC ke-242, Dustin Poirier, sementara menempelak seterunya, Conor McGregor.
Juara kategori lightweight itu melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 28-0-0 menerusi pautan yang melemahkan lawannya itu, yang memiliki rekod 25-6, 1 -- tiada keputusan dicapai, awal pagi tadi.
Selepas pertarungan itu, Nurmagomedov memberi penghormatan kepada Poirier tetapi tetap tiada belas buat McGregor -- yang dikalahkannya dalam pertarungan UFC ke-229 -- yang dicemari insiden pasca pergaduhan.
Nurmagomedov menyarung kameja-T di gelanggang itu sebelum mendedahkan akan menjualnya dan semua hasilnya akan diserahkan kepada Poirier dan keluarganya.
"Kenapa saya memakai kameja-T ini adalah kerana saya tahu ia akan menyumbang banyak kepada aspek kebajikan dan saya akan pastikan ia akan terjual dan kesemua keuntungannya akan saya serahkan kepada Dustin Poirier," katanya.
"Inilah yang saya mahukan dan mengapa kami saling menghormati di antara satu sama lain berbanding pertarungan terakhir saya. Ini kerana (McGregor) merupakan seorang lelaki yang (maki hamun) jadi saya perlu berdepan (banyak perkara yang gila-gila) tetapi saya mahu melupakan segala-galanya.
"Kami telah memperlihatkan apakah sebenarnya MMA. Perkara utama dalam MMA adalah menghormati.
"Apabila anda datang ke gim, perkara pertama yang jurulatih anda dan semua orang ajar anda ialah, 'hei, anda perlu menghormati gim, rakan seperjuangan, barisan kejurulatihan, anda perlu membersihkan gim.' Semuanya berkenaan dengan penghormatan.
"MMA bukan mengenai bercakap perkara sampah, inilah yang kami tunjukkan, ia penting."
Nurmagomedov kembali beraksi buat kali pertama sejak selesai menjalani penggantungan selama sembilan bulan atas tindakannya selepas merakam kemenangan ke atas McGregor yang menyaksikan mereka berdua terlibat dalam kekecohan pra-pertarungan.
Sang juara itu melompat keluar dari gelanggang sejurus kemenangannya itu lalu menggasak rakan latihan McGregor, Dillon Danis, yang banyak membuat hasutan.