Skip to main content

Futsal

Titisan air mata bukti kesungguhan seorang jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal.jpg
Melihat seorang jurulatih menitiskan air mata atas pencapaian atau kejayaan anak buahnya, bak kata orang putih, 'hits different'

Daripada itu kita boleh melihat keikhlasannya mendidik anak muda berbakti kepada negara!

Baru-baru ini, kelihatan ketua jurulatih skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam, menitiskan air mata sebaik pasukannya mengesahkan diri ke Piala Asia 2026 di Jakarta, Indonesia tahun depan.

What an achievement! Walaupun tewas kepada gergasi seperti Iran tetapi menang ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh membuktikan Malaysia layak ke Jakarta menerusi pencapaian naib juara kumpulan terbaik.

Adegan titisan air mata seorang jurulatih sentiasa menyentuh hati. Teringat pula kepada satu cerita hampir 10 tahun yang lalu.

Once upon a time, Coach R. Jeganathan pernah diejek dan dipandang rendah kerana melatih atlet para, namun kesungguhan dan komitmennya membuahkan hasil apabila melahirkan Paralimpian berstatus Gold Medalist.

Anak buahnya, Ridzuan Puzi, menyumbang pingat emas pertama kontinjen Malaysia dalam temasya Paralimpik Rio, Brazil 2016. 

Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100 meter (m) T36 dengan catatan 12.07 saat (s) mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah, Brazil (12.54s).

Ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Jeganathan tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata di depan kamera, di hadapan ribuan penonton Nadi Arena.

Benar orang berkata, adakalanya merekalah coach, adakalanya mereka umpama ibu dan ayah.
Harimau Malaya

Bangga Bersama Malaysia

Malaysia layak ke Piala Asia — masa untuk kita semua pakai Harimau Malaya jersey & raikan semangat negara.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video