Peninju profesional negara, Farkhan Haron, menyahut cabaran untuk bertarung menentang jaguh China, Zhang Zhaoxin, yang muncul juara baru kategori cruiserweight Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia.
Pihak pengurusan Farkhan sedang berbincang untuk mengadakan pertarungan itu, sama ada di Malaysia atau China, pada Disember depan.
WBC Asia meletakkan Farkhan dalam status 'champion in recess' selepas dia tidak bertarung sejak setahun lalu ekoran pandemik COVID-19.
"Daripada maklum balas daripada WBC Asia itu, saya masih lagi 'champion in recess' jadi ia agak tidak berapa jelas sama ada ia bermaksud saya masih lagi juara tetapi disebabkan keadaan pandemik sekarang, gelaran itu masih lagi dipertarungkan, cuma saya adalah 'champion in recess'," kata Farkhan kepada Nadi Arena.
"Jadi saya perlu berlawan dengan juara baru itu untuk merebut tali pinggang berkenaan."
Muzaffar Musa
Wed Dec 30 2020