Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kecewa dengan tindakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak mengikut sistem pembayaran elaun latihan Majlis Sukan Negara (MSN) sehingga dua tekong kebangsaan bersara.
PSM sepatutnya mengikut cara pengurusan majoriti persatuan sukan kebangsaan di Malaysia.
Badan induk itu tidak sepatutnya memotong elaun latihan kerana ia merupakan persetujuan di antara atlet dan MSN dalam kontrak Program Podium tatkala langkah itu menjadi punca masalah Syahir Rosdi dan Zulkifli Abdul Razak dengan PSM hingga kedua-duanya mengundurkan diri.
"Walaupun duit datang daripada MSN, setiap persatuan sukan perlu mengikut tangga atau elaun yang ditetapkan mengikut prestasi masing-masing. Namun, saya dimaklumkan PSM mengambil keputusan sendiri, berunding dengan setiap pemain untuk membezakannya.
"Kementerian telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan perbezaan dilakukan. Jadi, semua persatuan perlu mengikut tangga elaun yang ditetapkan kerana ia adil. Tidak adil untuk atlet yang tidak sehaluan dengan persatuan. Sepatutnya suara atlet dan jurulatih harus didengar," kata Syed Saddiq.
Syahir dan Zulkifli bersara selepas kecewa apabila elaun latihan mereka yang sepatutnya berjumlah RM4,500 sebulan dipotong separuh.
Mereka memainkan tugas penting ketika regu negara meraih pingat emas Sukan Asia 2018, sekali gus menamatkan penantian 24 tahun dalam temasya itu.