Skip to main content

Berbasikal

Azizulhasni sedia sambar emas Sukan Asia tapi...

Jijoe

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, pulang daripada kejayaan meraih pingat emas acara keirin siri pertama Piala Dunia Trek UCI dengan visi dan misi untuk terus mencipta impak sepanjang musim 2026.

Pada usia 38 tahun, dia memberikan bayangan untuk membentangkan perancangan dan keperluannya bagi merialisasikan impian emas Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September depan.

Advertisement

Pingat emas acara kirin dan gangsa acara pecut yang dimenanginya di Perth, Australia baru-baru ini menjadi petanda betapa The Pocket Rocketman berada di landasan tepat untuk kembali ke kemuncak prestasi.

Dan dia akhirnya bersuara mengenai faktor utama di sebalik langkah barunya di pentas profesional demi kelangsungan bakat muda dalam kem negara.

"Saya amat sukacita apabila mendapat berita yang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berbesar hati untuk memberikan sokongan terhadap karier saya, jadi saya ucapkan terima kasih," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Tetapi penting juga untuk saya jelaskan kerana ramai yang tidak faham kenapa saya memilih untuk bergerak secara profesional.

"Apabila saya mahu kembali, saya dipanggil untuk menyertai program kebangsaan tetapi saya memilih untuk bergerak sendirian kerana saya mahu memberi ruang dan tumpuan buat pelumba sedia ada dalam program itu.

"Apabila saya tiada, pelumba muda akan dapat slot untuk bukan sahaja berlumba, tetap daripada segi bajet juga, jadi, saya sebenarnya mahu menolong mereka.

"Bagaimanapun, untuk akan datang ini, apabila mendengar perkhabaran gembira seperti itu, sudah pasti ada beberapa perkara atau bantuan yang boleh disalurkan memandangkan saya sudah berusia 38 tahun.

"Tetapi kita perlu duduk berbincang terlebih dahulu dan Insya-Allah saya akan berjumpa dengan Dr. Taufiq (Johari, Menteri Belia dan Sukan) nanti."

 

Must Watch Video