Skip to main content

Advertisement

Permotoran

Dunia F1 bergegar, Lewis Hamilton tepis dakwaan besar

Hamilton

Khabar angin bertiup kencang mengenai persaraan juara dunia tujuh kali Formula 1 (F1), Lewis Hamilton, dinafikan selepas laporan tular di media sosial mendakwa pelumba Britain itu bakal mengumumkan persaraannya menjelang Grand Prix Britain di Silverstone, Julai depan.

Sumber rapat menjelaskan dakwaan tersebut berpunca daripada artikel analisis berbentuk pandangan yang disalah tafsir sebelum tersebar luas sehingga mencetuskan persepsi bahawa keputusan itu sudah dimuktamadkan.

Advertisement

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Hamilton sendiri mahupun pasukannya, Scuderia Ferrari, mengenai perancangannya untuk bersara dalam masa terdekat.

Malah, situasi semasa bekas pelumba Mercedes itu bersama Ferrari dilihat tidak menyokong spekulasi berkenaan selepas dia mempamerkan peningkatan prestasi musim 2026 selepas kekecewaan kempen 2025 berakhir tanpa podium. 

Must Watch Video