"Kesilapan kami adalah aksi di laman sendiri.
Impian Johor Darul Ta'zim (JDT) ke final Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee berakhir di bumi Thailand.
Advertisement
Namun, kata ketua jurulatih, Xisco Munoz, tidak mahu menuding jari terhadap kesilapan individu, sebaliknya memilih untuk memberi tabik hormat kepada semangat juang para pemain.
Dan, meskipun terkandas dalam separuh akhir, Harimau Selatan tetap mencipta sesuatu yang bermakna apabila akhirnya berjaya menghapus badi tanpa kemenangan ke atas Buriram United.
"Kami berusaha sehingga minit ke-75.
"Kami telah kehilangan sedikit kekuatan di bahagian tengah dan melakukan beberapa pertukaran.
“Nothing keeper could do because they put the ball into the top corner”, Xisco Munoz enggan jadikan kesilapan individu sebagai punca terlepas peluang ke final Piala Shopee.@ASTROARENA pic.twitter.com/TQJHB4ZJwu
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 14, 2026
"Perlawanan sangat terbuka tetapi kami tidak boleh memberi alasan.
"Kami harus belajar. Mereka memberika 100 peratus.
"Semua harus berbangga," katanya.
Juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu meraih kemenangan pertama ke atas wakil Thailand itu, namun gagal ke final menerusi kekalahan agregat di Chang Arena semalam.