Skip to main content

Badminton

Terbuka Thailand: Beregu keempat dunia sekat Bryan-Haikal Nazri

j

Hasrat peminat badminton negara untuk melihat gandingan muda Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Bryan Jeremy Goonting-Muhammad Haikal Nazri, melangkah lebih jauh dalam Terbuka Thailand 2026 tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu nombor empat dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Pilihan utama kejohanan itu terlalu ampuh apabila menang straight set 21-12, 21-19 dalam aksi pusingan kedua di Arena Nimibutr walaupun wakil negara memberi tentangan sengit terutama dalam set kedua hingga merapatkan kedudukan 14-15, namun pengalaman jelas menjadi pemisah buat pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia terbabit.

Advertisement

Turut menerima nasib sama ialah beregu veteran negara, Tan Wee Kiong-Nur Mohd Azriyn Ayub, apabila tersingkir di tangan wakil tuan rumah, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul.

Selepas mudah menawan set pertama 21-13, wakil negara itu bermula baik dalam set kedua tetap gagal mengekang kebangkitan lawan sebelum tewas 20-22 untuk diheret ke aksi penentuan.

Faktor stamina nyata memberi kelebihan kepada beregu muda Thailand berusia 21 tahun tersebut apabila menang 21-14 dalam perlawanan yang berlarutan selama 1 jam 5 minit itu.

 

Must Watch Video