Pertembungan juara di dalam satu pasukan tidak menggusarkan pendatang baru CP150, Md Akid Aziz, untuk menghadapi pusingan pembukaan Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Litar Lumba Tangkak, Johor, Sabtu dan Ahad ini.
Akid, juara berganda CP115 musim 2016 dan 2017, bakal beralih ke kategori CP150 yang menyaksikan dia akan bergandingan bersama juara CP130 2017 dan juara CP150 2017, Kasma Daniel Kasmayuddin, dan Mohd Ramdan Rosli -- juara CP115 2010 dalam pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.
“Situasi ini agak mencabar, namun pada masa sama sangat menarik. Selain bersaing sengit bersama pelumba berpengalaman yang lain, kami saling cabar-mencabar di dalam pasukan yang sama untuk mendapatkan yang terbaik,” uajr Akid yang juga merupakan juara Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017.
Tambahnya. “Walaupun bertindak selaku pelumba ‘rookie’, saya tidak tertekan kerana sudah biasa mengendalikan jentera 150cc ini di peringkat Asia, jadi saya tidak ada masalah kekok untuk beraksi dengan jentera Yamaha Y15ZR.
“Cuma, jika di Asia, litarnya lebih lebar, jadi saya dapat menggunakan jentera ke tahap maksimum berbanding di litar Cub Prix.
"Litar Cub Prix lebih pendek dan selekoh yang lebih sempit dan sangat mencabar.
"Saya terpaksa ‘berlawan’ dengan Kasma dan Ramdan, namun di paddock, saya akan banyak belajar dan bertanya kepada mereka.”