CUB PRIX
Tiada kejutan, tiada drama di perlumbaan terakhir CP150
Persoalan siapa juara CP150 sudahpun terjawab dengan pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing, Md Akid Aziz muncul juara selepas takluki perlumbaan pusingan kesembilan di Litar Tangkak, Johor 22 Oktober lalu sekaligus menerbitkan persoalan siapa bakal melengkapkan kedudukan kedua dan ketiga saingan Cub Prix musim ini.
Tiada kejutan dan drama dalam saingan kategori perdana CP150 yang masih diungguli jentera Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing.
Dua pelumba utama iaitu juara keseluruhan musim ini, Akid Aziz yang kekal berada di kelas tersendiri menerusi tunggangan kemas di setiap selekoh disamping menggunakan kelebihan jentera ketika pecutan lurus.Juara keseluruhan CP150 Musim 2023, Md Akid Aziz!#30TahunPETRONAScubprix #PETRONAScubprix #PETRONASmotorsports pic.twitter.com/9053LokgJ9— Malaysian Cub Prix #CubPrixEraBaru ✊? (@msiancubprix) November 26, 2023
Pada masa sama, persaingan sengit melibatkan kedudukan kedua terbaik keseluruhan antara Afif Amran dan Azroy Hakeem Anuar.
Iklan
Pada ketika Azroy cuba untuk memotong Afif, kebijaksanaan Akid yang kekal rapat bersama rakan sepasukannya itu menyukarkan hasrat Azroy.
Biarpun, Hati Kau Keras Azroy, namun, strategi bijak Akid dan Afif berjaya menamatkan saingan menerusi dominasi total jentera terbaik itu musim ini.
" Alhamdullilah, permulaan yang struggle buat saya selepas lima round baru dapat catch up ke hadapan. Agak tipis untuk saya fight point di hadapan. Bersyukur saya berada di top 3 perlumbaan".
"Perlumbaan tadi saya dah rancang strategi bersama teammates saya, kalau dia terlepas, dia akan keep saya sampai ke depan. Kalau saya buat sikit gap, saya akan tertinggal dengan Akid. Saya tak boleh putus dengan Akid. Kalau saya putus, saya akan ketinggalan di belakang," ujar Afif Amran, Naib Juara Keseluruhan CP150.
"Pelan hari ini kalau boleh saya nak Afif ke depan. Masa first lap tu saya toleh tengok Affif kat belakang. Jadi saya teruskan untuk tarik Afif supaya putus dengan orang belakang supaya tiada yang mengganggu," kata Akid Aziz, Juara Keseluruhan CP150.
Must-Watch Video