Perkataan 'scam' daripada seorang jaguh dunia adalah tidak wajar.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, tidak selesa dengan penggunaan perkataan tersebut dalam satu hantaran di media sosial, yang boleh menyumbang kepada naratif kurang tepat, apatah lagi ia digunakan oleh individu yang memiliki pengikut yang ramai rentetan daripada prestasi cemerlang setiap kali beraksi di pentas tertinggi.
Sebagai individu yang sudah terbuka dengan pergaulan dan cara komunikasi sempurna melibatkan ramai orang, pendekatan yang diambil jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou, dalam menyuarakan persoalan dianggap tidak profesional.
Malah, jika ada usaha daripada pemain nombor satu dunia itu mengendurkan keadaan menerusi permohonan maaf di atas kekhilafan yang berlaku, sudah mampu memujuk hati MPM selaku badan payung atlet para negara.
"Saya mempercayai bahawa tidak ada mana-mana individu atau organisasi dalam dunia akan bersetuju dengan perkataan itu.
"Kita perlu sedar dan mengetahui rasa hormat serta bersikap adil dengan semua perkara.
"Saya sentiasa memaklumkan kepada semua orang termasuk diri saya sendiri untuk sering meminta maaf dan memperbetulkan semula keadaan.
"Memohon maaf adalah mudah tetapi memerlukan banyak usaha.
"Jika anda rasa perkara itu berat, ia atas peribadi masing-masing," katanya di Nadi Arena.
MPM tetap menuntut penjelasan bertulis daripada Liek Hou, selain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai badan induk yang menaungi pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 itu juga perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan isu ini.
"Kita akan berhubung terus dengan pihak persatuan sukan yang bertanggungjawab.
"Kita juga harus mengumpul matlumat supaya menjadi pengajaran.
"Itu akan menjadi penting MPM untuk memiliki dokumen itu," tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Perkataan 'scam' itu sendiri membawa kepada naratif kurang baik.
— FinaNasrom (@fnasrom) September 23, 2025
Apatah lagi ia di tujukan kepada badan payung MPM itu sendiri.. pic.twitter.com/T3We5CaqXQ