Atlet kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri, mempamerkan aksi mantap dan bertenaga sebelum meraih pingat emas 3 meter papan anjal individu wanita dalam Kejohanan Terjun Piala Asia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Dia mencatat 313.85 mata untuk mengungguli saingan mengatasi rakan senegara, Loh Zhiayi, di tempat kedua dengan 223.45 sambil gangsa menjadi milik wakil Indonesia, Linadini Yasmin, dengan 191.30 mata.
Kemenangan itu juga membolehkan atlet berusia 20 tahun itu mengesahkan tempat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, sekali gus berpeluang mencipta kejayaan dalam penampilan keduanya.
"Alhamdulillah, saya dapat mencipta kemenangan di tempat sendiri dan lebih manis, ia mengesahkan kelayakan ke Olimpik. Namun, untuk saingan di Tokyo nanti, saya perlu meningkatkan tahap latihan," katanya.
Dalam masa sama, pemenang emas Sukan SEA 2017 itu melihat saingan di Tokyo bakal memperlihatkan kemampuan sebenar tatkala perbezaan waktu yang tidak ketara di antara Jepun dan Malaysia.
"Saya akan melakukan perbincangan dengan jurulatih. Aksi di Jepun memang bagus kerana waktu tidak sangat berbeza tetapi saya perlu meningkatkan prestasi."
Sementara itu, jurulatih skuad terjun negara, Christian Brooker, bangga dengan prestasi yang dipamerkan Dhabitah dalam saingan kali ini.
"Dia beraksi dengan bagus. Bermula pagi, dia meneruskan kecemerlangan sehingga ke aksi terakhir. Kutipan matanya juga agak bagus. Jelas sekali dia menunjukkan kualiti bagus hari ini," katanya.
Bagaimanapun, dia sedar skuad terjun negara masih mempunyai banyak aspek yang harus diperbaiki khususnya mental dan cara mengawal tekanan ketika kejohanan.
Kini, tumpuan Brooker terarah kepada penerjun lelaki bagi memastikan Malaysia mempunyai penerjun lelaki yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara merit dalam saingan Piala Dunia, April tahun depan.
"Saya tidak fikir acara lelaki berdepan masalah dalam saingan Piala Dunia. Berdasarkan persembahan dalam kejohanan ini, mereka dengan mudah akan ke Olimpik dan Piala Dunia."