OLIMPIK TOKYO
Terjun Piala Asia: Malaysia terlepas tiket kelayakan kedua
Malaysia terpaksa melepaskan slot kedua ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 -- dalam acara 10 meter platform individu wanita -- menerusi Kejohanan Terjun Piala Asia, bermula esok memandangkan penerjun negara, Cheong Jun Hoong dan Kimberly Bong, masih belum pulih daripada kecederaan.
Skuad negara terpaksa menunggu hingga hari kedua kejohanan itu di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan pemburuan wakil negara ke Sukan Olimpik Tokyo.
Ia susulan ketiadaan penerjun 10m platform individu wanita negara selepas Jun Hoong dan Kimberly disahkan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Iklan
Situasi itu menyaksikan hanya empat penerjun, masing-masing dari China, Korea Utara dan Jepun, akan bersaing untuk merebut pingat emas sekali gus layak ke temasya di Tokyo itu.
"Kita tahu Jun Hoong masih cedera.
"Kita juga tahu Kimberly turut cedera beberapa bulan lalu.
"Kami tidak ada penerjun yang boleh menggantikan mereka buat masa ini.
"Cuma ada Dhabitah (Sabri) tetapi dia hanya berlatih untuk acara 3m platform," kata jurulatih skuad negara, Christian Brooker.
Malaysia meletakkan harapan kepada Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei untuk memburu tiket kelayakan dalam acara 3m papan anjal individu lelaki Sabtu ini.
Penghalang utama ialah penerjun dari Jepun, Sho Sakai, yang meraih tempat keempat dalam Sukan Asia Indonesia tahun lalu.
"Peluang 50-50 tetapi penerjun Malaysia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri.
"Saya fikir Yiwei akan turun sebagai pilihan utama selepas meraih pingat gangsa dalam Sukan Asia," kata Sakai.
Must-Watch Video