Gandingan penerjun negara menampilkan aksi terbaik dalam Kejohanan Terjun Piala Asia apabila merangkul dua pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki dan wanita di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Pasangan wanita, Loh Zhiayi-Ong Ker Ying, dan pasangan lelaki, Muhd Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert, meraih pingat emas dengan mengumpul, masing-masing 243.09 dan 354.18 mata, dalam acara lima pusingan itu.
Bagi kategori wanita, pasangan Indonesia, Maria Natalie-Linadini Yasmin, meraih perak dengan 209.40 mata sementara Choi Sut Kuan-Lei Meng Hin dari Macau menduduki tangga ketiga dengan 184.14 mata.
Dalam pada itu, gandingan penerjun Indonesia, Adityo Restu Putra-Tri Anggoro Priambodo, memperoleh 290.34 mata untuk meraih perak, sementara pasangan penerjun dari Qatar, Mohammed Shewaiter-Abdulaziz Balghaith, mengumpul 206.82 mata untuk meraih gangsa bagi kategori lelaki.
Bagi Zhiayi, dia menyifatkan prestasinya semasa bergandingan dengan Ker Ying hari ini sebagai konsisten dan memuaskan.
"Saya harap dapat mengekalkan (persembahan) sehingga esok," katanya.
Penerjun berusia 22 tahun itu akan beraksi dalam acara 3m papan anjal individu wanita bersama Nur Dhabitah Sabri esok.
-- BERNAMA