Alexander Zverev gagal mengulangi kemenangan lima set dalam saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila masalah tali raketnya menjadi punca kekalahan kepada Diego Schwartzman dalam pusingan keempat semalam.
Zverev meraih kemenangan set pertama di Stadium Arthur Ashe tetapi menjadi mangsa di atas kebangkitan Schwartzman, yang melangkah ke suku akhir kedua dalam tempoh tiga tahun di Flushing Meadows.
Schwartzman merakamkan kemenangan 3-6, 6-2, 6-4, 6-3 selepas beraksi lebih tiga jam, menampilkan permainan penuh bertenaga di samping permainan net yang mengagumkan.
Sebaliknya, Zverev gagal bermain dengan baik dalam perlawanan itu, dengan pemain berusia 22 tahun itu melakukan 65 unforced errors dan kesilapan servis berganda sebanyak 17 kali.
Zverev turut dihukum pegawai perlawanan yang membenarkan Schwartzman mendahului 5-2 dalam set keempat, yang menyaksikan wakil Jerman itu meluahkan kemarahannya di atas gelanggang.
Schwartzman melengkapkan kemenangan ke atas Zverev dengan penuh bergaya dan bakal berdepan Rafael Nadal atau Marin Cilic dalam pusingan seterusnya.
"Nadal merupakan kawan saya. Ia merupakan sesuatu yang menarik berdepannya dalam suku akhir saingan grand slam."