Serena Williams mempamerkan aksi cemerlang untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila mengatasi Wang Qiang, sekali gus mencetak kemenangan ke-100 di Flushing Meadows, sebentar tadi.
Wang melakukan salah satu kejutan kejohanan dalam pusingan keempat apabila menyingkirkan pilihan kedua, Ashleigh Barty, untuk ke suku akhir grand slam buat kali pertama.
Bagaimanapun, perjalanan wakil China itu berakhir dengan mimpi buruk apabila Williams mendominasi sepanjang permainan.
Williams melakar kemenangan straight set 6-1, 6-0 dalam tempoh 44 minit untuk diangkat sebagai pilihan utama kejohanan selepas juara bertahan, Naomi Osaka, tersingkir.
Williams bakal berdepan Elina Svitolina dalam separuh akhir dan wakil kelahiran Ukraine itu perlu menampilkan persembahan terbaik sepanjang kariernya jika mahu berpeluang memenangi perlawanan tersebut.
"Sukar untuk mempercayainya. Saya memulakan karier di sini dan tidak disangka mencapai kemenangan ke-100 di Flushing Meadows," kata Williams kepada ESPN. "Saya tidak pernah terfikir masih lagi beraksi sehingga ke hari ini."