Serena Williams hanya perlu satu lagi kemenangan untuk menyamai rekod terbanyak menjuarai gelaran grand slam selepas menewaskan Elina Svitolina dalam separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.
Williams hanya perlukan 44 minit untuk mengatasi Wang Qiang dalam suku akhir dan meneruskan momentum cemerlang dalam separuh akhir berdepan wakil Ukraine itu.
Svitolina dihukum selepas gagal menggunakan peluang apabila meraih enam mata break dalam set pertama dan gagal mencari rentak dalam set kedua.
Kemenangan 6-3, 6-1 memastikan Williams melangkah ke aksi final buat kali ke-33 dalam saingan grand slam, menyamai rekod kemenangan Chris Evert (101) di Flushing Meadows.
Bianca Andreescu atau Belinda Bencic bakal menjadi halangan terakhir Williams sebelum melakar kejayaan bersejarah dalam kariernya untuk merangkul gelaran grand slam yang ke-24, sekali gus menyamai rekod Margaret Court.