SUKAN LAIN
Terbuka AS: Williams bebas daripada kecederaan
Serena Williams dan jurulatihnya, Patrick Mouratoglou, meredakan kebimbangan terhadap kecederaan buku lali kanan pemain itu selepas mengatasi Petra Martic dalam saingan Terbuka AS.
Williams melangkah ke suku akhir dan bakal berdepan Wang Qiang dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas pemain pilihan ke-22 itu di Stadium Arthur Ashe.
Walaupun merakamkan kemenangan bergaya, timbul kebimbangan buat Williams yang memanggil pelatihnya selepas mengalami kecederaan buku lali kanan ketika beraksi di gelanggang.
Iklan
Ditanya mengenai kondisinya ketika sidang media pasca-perlawanan, Williams berkata, "Saya pernah mengalami kecederaan ini yang lebih serius Januari lalu.
"Tetapi saya berasakan buat masa ini segalanya dalam keadaan baik, saya akan berjumpa anda dalam perlawanan seterusnya."
Mouratoglou menegaskan mereka perlu menunggu terlebih dahulu sebelum memahami secara menyeluruh tahap kecederaan pemain pilihan kedua itu.
"Perkara paling penting buat masa ini adalah bagaimana Williams menangani kecederaan itu.Stellar SerenaThe six-time singles champion defeats Martic in straight sets and scores her 99th career victory in Flushing Meadows.@serenawilliams | #USOpen pic.twitter.com/9wTdfvAOJT— US Open Tennis (@usopen) September 1, 2019
"Buku lalinya kelihatan tidak akan memberikan sebarang masalah. Dia tidak mengalami kesakitan buat masa ini."
Must-Watch Video