Skip to main content

Tenis

Terbuka Perancis: Swiatek lakar sejarah ke separuh akhir grand slam kedua berturut-turut

iga-swiatek.jpg
Iga Swiatek meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan Jessica Pegula 6-3, 6-2 untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi, sekali gus menyertai kelompok pemain muda elit yang pernah layak ke peringkat itu dalam dua kejohanan grand slam pertama secara berturut-turut dalam semusim.

Sewaktu memenangi perlawanan buat kali ke-33 berturut-turut itu, pemain nombor satu dunia berkenaan mengulangi pencapaiannya layak ke separuh akhir Terbuka Australia awal tahun ini dengan satu lagi aksi memukau di Roland Garros.

Sehari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-21, juara Terbuka Perancis 2020 itu kini menyertai kelompok berkenaan, di mana sebelum ini hanya ada enam pemain wanita pernah mara ke separuh akhir dua kejohanan itu secara berturut-turut pada usia muda.

Enam permain yang dimaksudkan dalam senarai legenda itu adalah Martina Hingis, Justine Henin, Kim Clijsters, Ana Ivanovic, Eugenie Bouchard dan Maria Sharapova.

Dengan turut menjadi pemain keempat dalam abad ini memenangi lima kejohanan Jelajah WTA secara berturut-turut, Swiatek ini memiliki motivasi terbaik untuk menghadapi Daria Kasatkina di peringkat separuh akhir bagi meneruskan pemburuan gelaran grand slam kedua sepanjang kariernya.
 

Advertisement

Must Watch Video