OLAHRAGA
Terbuka Perak Cahya Mata Sarawak Super Series II: Zaidatul kekal catat masa terbaik
Zaidatul Husniah Zulkifli, masih mengekalkan gelaran sebagai ratu pecut negara dalam saingan Kejohanan Olahraga Terbuka Perak Cahya Mata Sarawak Super Series II dalam acara 200 meter susulan berjaya mengulangi catatan 24.19 saat ketika beraksi di saingan Super Series Johor sebelum ini.
Ratu pecut negara atau mesra dipanggil Adeq itu menzahirkan rasa syukurnya kerana masa lariannya tidak jauh ketinggalan dari lariannya semasa di Super Series Johor.
Adeq mengakui dirinya turut mengalami tekanan menghadapi perlawanan tersebut tetapi dia turut meluahkan rasa syukur kerana dia merasakan kurang persaingan semasa di kejohanan tersebut dan itu merupakan perkara baik buat dirinya untuk mencipta rekod buat dirinya.
Iklan
"Tekanan itu pasti ada, cuma bezanya kalini kurang persaingan untuk saya," katanya menerusi Nadi Weekend.
Adeq juga berterima kasih kepada Cahya Mata Sarawak kerana menjadi penaja dan menganjurkan Super Series dimana ia menjadi platform buat Adeq untuk merekod masa buat dirinya di kejohanan tempatan.
"Terima kasih kepada Cahya Mata Sarawak kerana bagi tajaan dan anjurkan kejohanan ini sebab Adeq boleh merekod masa walaupun bukan di 'oversea' tetapi di 'local competition' seperti ini," kata Zaidatul Husniah kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Dalam pada itu, Sayyid Amin Roslan berjaya mencatat rekod terbaik buat dirinya iaitu 21.3 saat di acara akhir 200m.
Catatan peribadi terbaiknya itu menyaksikan dia dipisahkan 0.53 saat dengan rekod kebangsaan 200m milik Russel Alexander Taib sekaligus menjadi azimat buatnya menuju ke Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun di Lima, Peru.
Must-Watch Video