Ekaterina Alexandrova mengatasi pemain pilihan utama, Aryna Sabalenka, untuk menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Libema, yang juga merupakan gelaran kedua sepanjang kariernya, di Rosmalen malam tadi.
Pemain nombor 30 dunia itu merakamkan kemenangan 7-5, 6-0 ke atas Sabalenka dalam masa 77 minit, sekali gus menambah koleksi kejuaraannya selepas memenangi gelaran Terbuka Shenzen pada Januari 2020.
Sabalenka, dalam pada itu, sedang memburu gelaran acara perseorangan yang ke-11 sewaktu melangkah ke aksi final berkenaan tetapi jelas tidak dapat menandingi Alexandrova.
Kedua-dua pemain itu hanya melepaskan satu set sepanjang empat perlawanan menjelang ke final tetapi dalam pertemuan di gelanggang rumput itu kali ini, Alexandrova jelas pemain yang lebih baik, terutama dalam set kedua, di mana dia mematahkan kesemua tiga servis Sabalenka.
Pemain berusia 27 tahun itu, yang tewas dua daripada tiga aksi final terakhir, kemudian memanfaatkan mata akhir kedua untuk mudah menamatkan saingan selaku juara.

??
— wta (@WTA) June 12, 2022
Ekaterina Alexandrova defeats Sabalenka in 's-Hertogenbosch to win her second career WTA singles title!#LibemaOpen pic.twitter.com/PmUg35Fhmo