Roger Federer menjangkakan ujian lebih sukar daripada David Goffin selepas meraih kemenangan straight set ke atas pemain ke-15 dunia itu dalam pusingan keempat Terbuka AS.
Federer memerlukan satu jam 19 minit untuk menyingkirkan Goffin 6-2, 6-2, 6-0 untuk melangkah ke suku akhir berdepan Grigor Dimitrov.
Juara grand slam 20 kali itu mempamerkan persembahan cemerlang apabila mendominasi lawan sepanjang permainan di Stadium Arthur Ashe itu.
Dalam sidang media pasca-perlawanan, Federer diminta mengulas perlawanannya berdepan Goffin, dan mendedahkan harapannya terhadap saingan lebih sengit daripada wakil Belgium itu.
"Keputusan ini hadir tanpa diduga. Ini merupakan hari cemerlang untuk saya dan segalanya berlaku dengan pantas," kata Federer.
"Goffin bergelut pada permulaan permainan tetapi saya berjaya mendapatkan sentuhan dan terus menggagalkannya. Goffin gagal beraksi cemerlang dan saya menggunakan kelebihan itu sebaik mungkin.
"Dalam pusingan keempat, anda sentiasa mahu menamatkan perlawanan dengan lebih segera."
Dimitrov menjadi halangan seterusnya buat Federer, dengan wakil Bulgaria itu mara ke suku akhir buat kali pertama sejak Januari lalu selepas mengatasi Alex de Minaur.
"Saya gembira dia mula mendapatkan persembahan terbaiknya sejak menang di Cincinnati beberapa tahun lalu.
"Ini merupakan suku akhir yang besar buat Dimitrov, terutama peluangnya berdepan saya. Saya menyedari ia adalah perlawanan yang getir baginya.
"Saya pernah mengatasinya sebelum ini tetapi menjelang perlawanan baru, saya tidak boleh mengambil mudah.
"Tetapi saya gemar menyaksikan dia beraksi dan berdepannya. Kami memiliki gaya permainan yang hampir sama."

A dominant display. ?
— ATP Tour (@ATP_Tour) September 1, 2019
?? @rogerfederer beats David Goffin 6-2, 6-2, 6-0 to match Andre Agassi’s total of 13 #USOpen quarter-finals.
?: @usopenpic.twitter.com/977zfzATJ9