Novak Djokovic memaparkan aksi yang melenyapkan persoalan mengenai kecederaan bahunya apabila meraih kemenangan stright-set ke atas Denis Kudla dalam pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York, awal pagi tadi.
Dia beberapa kali memerlukan rawatan ketika menyingkirkan Juan Ignacio Londero dalam pusingan kedua dan keraguan mengenai tahap kecergasannya itu meningkat apabila perlawanan ditangguhkan selama dua jam.
Dia enggan menjawab persoalan mengenai kecederaannya itu sewaktu di dalam terowong sebelum memasuki gelanggang, sebaliknya memberikan jawapan dengan kemenangan 6-3, 6-4, 6-2 ke atas Kudla.
Kudla menyifatkan peluang untuk beraksi di bawah pancaran lampu Stadium Arthur Ashe itu sebagai "impian yang menjadi nyata" dan dia menghidupkan suasana dalam pertembungan itu.
Wakil tuan rumah berkenaan memaksa Djokovic mengerah keringat dalam perlawanan yang cukup menghiburkan itu, namun pemain terbaik dunia merangkap juara bertahan berkenaan memaparkan aksi terbaiknya ketika meraih mata-mata penting bagi menempah laluan untuk bertemu Stan Wawrinka dalam pusingan 16.
Djokovic membuatkan penonton tidak senang duduk dalam game keempat apabila dia mematahkan servis Kudla, memaparkan kemampuan luar biasanya untuk mengawal segenap gelanggang sebelum melakukan pukulan voli kilas untuk meraih mata.
Ia terbukti sudah mencukupi untuk Djokovic memenangi set pertama selepas menyelamatkan dua mata break dalam game ketujuh dengan pukulan balas Kudla tersasar ketika mata akhir.
Kudla terus menguji kekuatan dan kelincahan Djokovic, namun tidak dapat memecahkan pertahanan kental jaguh Serbia itu.
Pukulan terusnya yang sangkut di jaring meletakkan Djokovic mendahului 3-2 dalam set kedua dan walaupun Kudla memaparkan aksi menarik dengan pukulan separa voli untuk membuka peluang menyamakan kedudukan, dia tidak dapat memanfaatkan kesalahan berganda yang dilakukan Djokovic.
Tiada apa yang mampu menghalang Djokovic untuk meraih kemenangan dalam set kedua sebelum dia terus mencuri perhatian penonton di stadium itu dengan meraih mata dalam game pertama set ketiga.
Segala usaha yang dilakukan Kudla, bagaimanapun, tidak dapat membantunya untuk kekal bersaing apabila Djokovic meraih kemenangan selesa dalam set berkenaan, namun tentangan yang diberikannya jelas memberikan kepuasan buat juara 16 kali kejohanan grand slam itu, yang sedang memburu kejuaraan keempat dalam Terbuka AS.