Muhammad Ashaari Zainal Abidin, 30, tidak menjadikan status selaku pilihan kelima kejohanan sebagai penghalang buatnya menjuarai perseorangan lelaki Siri Kedua Sirkit Kebangsaan di Pusat Tenis Negara, hari ini.
Ashaari menewaskan pilihan ketiga, Syed Agil Syed Naquib, dengan straight set 6-3, 6-3.
Bagi Ashaari, kekerapan bermain dan berlatih bersama membolehkannya membaca corak permainan pemain dari Negeri Sembilan itu.
Namun, Ashaari mengakui dia terpaksa berhempas-pulas sebelum menewaskan Syed Agil.
"Saya tahu corak permainannya, saya boleh bertahan lebih lama tetapi dia tidak.
"Walaupun penat, saya bertahan kerana saya tahu dia akan membuat kesilapan. Saya mengulangi pendekatan semasa berlatih dengannya," ujar Ashaari yang sudah 12 tahun bergelar pemain kebangsaan.
Set pertama menyaksikan Ashaari memulakan permainan dengan baik apabila mudah mendahului 2-0.
Meskipun Syed Agil cuba bangkit dengan menyamakan kedudukan 2-2, Ashaari tenang mengawal kembali permainan sebelum merakam kemenangan 6-3.
Set kedua menyaksikan Syed Agil memulakan perlawanan dengan lebih baik apabila mendahului 2-0 sebelum Ashaari kembali menemui rentak untuk menang 6-3, seterusnya mengesahkan kejuaraan.
Syed Agil akur dengan kekalahan kepada Ashaari dan menyifatkan pemain dari Johor itu beraksi lebih baik di pentas final.
"Ashaari bermain bagus hari ini. Mungkin saya sepatutnya bermain lebih baik tetapi kalau nak diikutkan, dia mempunyai kelebihan.
"Dia memang bermain bagus," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Rahizam Rahim, menyambut baik pendekatan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk mengutamakan pembangunan tenis negara dalam penswastaan pentadbiran Pusat Tenis Negara (NTC), Jalan Duta.
PSM sebelum ini turut memberi jaminan akan mendapatkan pandangan LTAM sebagai badan induk tenis negara sebelum mengenal pasti syarikat untuk mengendali serta mengawal selia NTC.
Rahizam mengesahkan satu lagi pertemuan di antara PSM dan LTAM akan berlangsung dalam masa terdekat berhubung penswastaan pusat itu.
Menurut Rahizam, LTAM sedia bekerjasama dengan PSM bagi memastikan penswastaan NTC mencapai objektifnya.
"Alhamdulillah, saya nampak PSM mahu memastikan proses penswastaan ini dilakukan dengan baik dan juga demi kepentingan semua pihak, terutama melibatkan pemain tenis dan penggunaan gelanggang.
"Ia juga termasuk soal pembangunan sukan tenis di negara ini," kata Rahizam.