TENIS
Tenis - Djokovic pahat nama dalam status legenda
Rekod demi rekod!
Itulah Novak Djokovic yang tidak pernah bosan untuk jadi tumpuan di dada-dada akhbar dengan terbaru julang kejuaraan Final ATP ketujuhnya -- sekaligus catat nama selaku pemenang terbanyak kejohanan mengatasi Roger Federer yang sebelum ini terikat dengan 6 gelaran!
Yerbekalkan reputasi gemilang musim 2023 -- Djokovic tidak memandang kekalahan aksi peringkat kumpulan kepada Yannik Sinner sebagai ancaman!! Malahan dia pamer aksi teragung yang sukar untuk dibendung lawan.
Iklan
Biarpun berdepan perang psikologi penonton yang semestinya memihak Sinner -- pemain tuan rumah, namun tenang sahaja -- individu dengan 24 gelaran grand slam ini pamer taring berbisa!!
Djokovic menang mudah 6-3, 6-3 dalam aksi final di Turin sekaligus tambah koleksi persembahan cukup luar biasa dalam lembaran kariernya selaku pemain tenis ulung dunia
"Salah satu musim terbaik dalam hidup," kata Dojokovic. "Ia sangat istimewa. Untuk dimahkotakan selaku juara di tempatan wira tempatan Jannik minggu ini sangat menakjubkan.
"Secara taktikal corak permainan saya berbeza berbanding dalam peringkat kumpuilan meenntang Jannik. Secara keseluruhan ia minggu yang luar biasa."
Must-Watch Video