Pemain tenis muda negara, Christian Didier Chin, hampir pasti akan dihantar berlatih ke Chennai, India sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran dalam Sukan SEA di Filipina nanti.
Selain Christian, beberapa pemain senior lain akan turut dihantar berlatih di sana bermula 9 hingga 25 September ini tetapi ketika ini Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) masih lagi belum memuktamadkan senarai akhir tersebut.
Terbaru, pemain dari Sabah itu mencuri tumpuan apabila muncul juara Terbuka Bali dalam kategori beregu lelaki selain muncul naib juara dalam kategori beregu campuran.
Bagaimanapun, dia kini ditimpa kecederaan bahu kanan dan perlu mendapatkan rawatan pemulihan.
"Saya mahu menggunakan kemudahan tetapi tidak boleh kerana tenis tiada dalam program. Saya menjadi salah seorang pemain terbaik di Malaysia dan saya fikir telah banyak menyumbang kepada sukan tenis dalam negara tetapi perlu mendapatkan alternatif lain. Ia juga melibatkan elemen di luar gelanggang," katanya.
Selepas berakhirnya latihan di Chennai, Christian akan menghadapi kejohanan jemputan di Kunming, China bulan depan.
"Ketika ini, saya sedang mencari kejohanan dan menyusun jadual sebelum Sukan SEA. Saya perlu berada pada tahap terbaik daripada segi kecergasan. Jika tidak, tiada guna saya berusaha. Kini, saya cuba pulih dan melihat apa yang terbaik untuk diri sendiri."