Skip to main content

Advertisement

Hoki

Tengku Ahmad Tajuddin galas tugas bimbing hoki Selangor B-16

tengku-ahmad-tajuddin.jpg
Pemain hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, mahu memanfaatkan peluang dilantik sebagai ketua jurulatih untuk membawa skuad Selangor ke peringkat akhir Kejohanan B-16 kebangsaan.

"Zidane" yang merupakan penolong jurulatih pasukan pembangunan kebangsaan lelaki menyahut tawaran untuk memimpin naib juara musim lalu itu dengan hasrat menamatkan kemarau kejuaraan.

"Saya akan cuba membantu untuk merealisasikan impian pasukan ini. 

"Selangor mempunyai pemain berbakat, cuma kami perlu membentuk permainan berpasukan.

"Memang agak sukar, tapi saya agak selesa dengan pemain-pemain muda yang ada. Jadi ia tidak mustahil," katanya yang ditemui di Bukit Jalil, hari ini. 

 

Zidane turut berkongsi bahawa dia masih berminat untuk berbakti demi negara selepas dilanda kecederaan lutut serius sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada karier atlet.

"Saya akan cuba sehabis baik untuk pasukan kebangsaan. Saya masih menunggu, sampai masa yang tepat nanti saya akan umumkan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video