TERJUN
Tarik diri jalan terbaik buat Yan Yee
"Saya tiada pilihan", itu komen penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, selepas menarik diri dari Kejohanan Terjun Siri Dunia terakhir di Windsor, Kanada atau dia akan terlepas kejohanan dunia dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kerana kecederaan belakang yang semakin serius.
Yan Yee mengharungi saat paling sukar dalam kariernya apabila kecederaan belakang yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu menjadi semakin serius sehingga tidak dapat
menjalani latihan.
Dia terpaksa mengambil pil penahan sakit sejak beberapa bulan lalu namun kesakitan makin serius sejak kebelakangan ini.
Iklan
Justeru, pakar acara papan anjal ini tiada pilihan kecuali menarik diri siri dunia terakhir di Windsor walaupun ia peluang terakhir bawa pulang pingat pada kejohanan
terbabit.
"Kecederaan ini semakin teruk dan saya terpaksa menarik diri daripada kejohanan siri dunia," kata Yan Yee.
"Saya berharap dapat segera kembali di tahap terbaik kerana menjalani sesi pemulihan setiap hari."
Yan Yee kini menjalani rawatan fisioterapi di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil.
Dia berusaha untuk mengelak menjalani pembedahan kerana kejohanan dunia di Budapest, Hungary akan berlangsung Julai diikuti Sukan SEA pada Ogos.
Seorang lagi penerjun negara yang turut cedera ialah Cheong Jun Hoong.
Ketiadaan mereka menyaksikan Nur Dhabitah Sabri dibawa ke siri dunia terakhir di Windsor untuk bergandingan bersama Pandelela Rinong.
Must-Watch Video