Seramai 1,500 atlet daripada 253 kelab mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Taekwondo dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta jenama minuman terkemuka, Milo, yang akan berlangsung Julai 2025 di Kuching, Sarawak.
Pertandingan tersebut bertujuan untuk menilai potensi atlet remaja selain mahu melihat Malaysia mampu mengelolakan penganjuran berprestasi tinggi.
Taekwondo Malaysia (WT) juga bakal bertempur dalam dua kategori berbeza Kejohanan Maya Dunia yang diadakan buat kali pertama dalam sejarah, minggu depan.
Badan induk itu juga telah mencapai kemajuan yang besar dalam pembangunan program akar umbi dan belia, di samping mengenal pasti bakat baru untuk pertandingan antarabangsa masa hadapan.
Kurikulum kebangsaan untuk Taekwondo akan disemak semula bagi memastikan penjajarannya dengan piawaian global, memudahkan pembangunan jangka panjang atlet.
Dengan bantuan Majlis Sukan Negara (MSN), program pembangunan telah diperkukuh dan melancarkan inisiatif tambahan seperti Para Taekwondo untuk Kyorugi, dengan rancangan untuk memperkenalkan Para Poomsae tahun depan.
Dalam masa sama, WT turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Kukkiwon, satu organisasi yang menekankan amalan seni mempertahankan diri termasuk aspek tradisional dengan kerjasama ini menawarkan pengalaman luas dalam mempromosikan taekwondo ke seluruh dunia.
Najmi Iman
Sun Nov 10 2024