Persatuan Lawn Tenis Malaysia (MTAM) meneruskan rancangan untuk menawarkan kontrak baru kepada Suresh Menon sebagai ketua jurulatih skuad negara meskipun dia gagal mencapai misi dalam saingan Piala Davis, Jun lalu.
Secara rasmi, kontrak Suresh tamat hujung Jun lalu setelah tamat kempen Kumpulan 3, Piala Davis Zon Asia/Oceania.
Objektif utama pengendali tersebut dalam kejohanan itu adalah memastikan Malaysia layak ke Kumpulan 2 tetapi menghampakan apabila pasukan kendaliannya tewas dua daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum berputih mata ketika aksi penentuan tempat kelima dan keenam.
Bagaimanapun, LTAM merancang untuk mengekalkan khidmat Suresh sehingga hujung tahun ini kerana tidak mahu menjejaskan persiapan menjelang Sukan SEA di Filipina, November depan.
"Kalau ikut perbincangan dengan presiden baru LTAM, tugasan seterusnya adalah Sukan SEA di Filipina dan buat masa sekarang, ia menjadi sasaran kami.
"Jadi, bergantung kepada pencapaian di Filipina nanti, kalau ada keperluan untuk jangka masa panjang, kami akan teruskan," kata Setiausaha Kehormat LTAM, Rahizam Rahim.
"Namun, buat masa sekarang ia bergantung kepada pencapaian dalam Sukan SEA nanti."